div style="position: fixed; bottom: 0px; left: 2px;">

Monday 22 April 2013




                                                          ALLAH MAHA MENGETAHUI


xpe...allah maha mengetahui apa yang terjadi...itu yang selalu aku ingat. biar orang nak kata apa, asalkan kita tahu apa yang terjadi. balasan akan ada untuk setiap orang, termasuk aku. yang berlaku biarkan berlaku, yang penting hidup kita. syukurlah, kita sedar diri terlebih awal, tak adalah kita terus hanyut dengan permainan dunia. kata orang, kita takkan belajar hidup susah kalau kita hanya hidup dengan kesenangan. jangan takut kalau kita tak berkasut sebab ramai lagi yang tak berkaki. jangan takut untuk kita hilang kawan, sebab bukan mereka yang bagi kita duit kan? ha! bercakap pasal kawan makan kawan, itu lumrah, biasalah adat berkawan. bumi mana yang tak ditimpa hujan, laut mana yang tak bergelora. pandang sekeliling, bukan dia sahaja kawan kita.....

Saturday 20 April 2013



Menjadi orang ketiga dalam sebuah perkahwinan sebuah pasangan bukanlah pekara yang mudah. Kesabaran yang kental amat diperlukan, apatah lagi, anda bakal berkongsi kasih dengan wanita yang sama dengan anda. Prinsip taknak bina kebahagiaan di atas penderitaan orang lain sepatupnya ada pada setiap insan. Walaupun cinta anda dengan si lelaki itu kuat, tapi percaya mana mungkin lelaki akan lebih menyangi kita berbanding dengan wanita pertama yang dikahwininya. Setiap insan mahukan kebahagiaan, tapi, bukan dengan kebahagiaan yang mampu merosakkan kebahagiaan rumah tangga wanita lain. Prinsip sanggup hidup bermadu hanya mampu dilafazkan semasa dalam percintaan, tapi bila berkahwin, mustahil untuk mengatakan yang kita ikhlas hidup bermadu walaupun antara kita dengan wanita itu tiada sengketa. Bukan mudah kan nak bina kebahagiaan di atas penderitaan orang lain. Lelaki? Ha! Hanya mudah melafazkan kata cinta, tanpa sedar dia juga telah terjerat dalam cinta dunia,. Dalam usia 30 an nak berkahwin 2, bukan pekara yang mudah. Malah lebih mengeruhkan keadaan tambahan dengan keadaan anak-anak yang hendak membesar. Bagaimana pula dengan pandangan anak terhadap si ayah? Apakah si anak akan berfikiran positif, mungkin ya bagi anak yang memahami situasi ayah. Tapi bagaimana pula dengan keadaan anak yang agresif? Tentu sekali dia akan menduga si ayah sebagai lelaki yang tak setia. Susah kan? Memang la ikut sunnah NABI. Tapi, pernah tak si lelaki ini terfikir, kahwin 4 harus ikut, tapi bagaimana dengan kewajipan kita  yang lain sebagai hambaNYA? Adakah sepenuhnya kita ikut. Jika semua telah dilaksanakan, insyaallah jodoh kita yang kedua juga akan menyusul mengikut niat masing-masing. Bukan senang nak senang, tapi, nak susah, memang senang! Renung-renungkan dan selamat beramal.....