div style="position: fixed; bottom: 0px; left: 2px;">

Saturday 20 April 2013



Menjadi orang ketiga dalam sebuah perkahwinan sebuah pasangan bukanlah pekara yang mudah. Kesabaran yang kental amat diperlukan, apatah lagi, anda bakal berkongsi kasih dengan wanita yang sama dengan anda. Prinsip taknak bina kebahagiaan di atas penderitaan orang lain sepatupnya ada pada setiap insan. Walaupun cinta anda dengan si lelaki itu kuat, tapi percaya mana mungkin lelaki akan lebih menyangi kita berbanding dengan wanita pertama yang dikahwininya. Setiap insan mahukan kebahagiaan, tapi, bukan dengan kebahagiaan yang mampu merosakkan kebahagiaan rumah tangga wanita lain. Prinsip sanggup hidup bermadu hanya mampu dilafazkan semasa dalam percintaan, tapi bila berkahwin, mustahil untuk mengatakan yang kita ikhlas hidup bermadu walaupun antara kita dengan wanita itu tiada sengketa. Bukan mudah kan nak bina kebahagiaan di atas penderitaan orang lain. Lelaki? Ha! Hanya mudah melafazkan kata cinta, tanpa sedar dia juga telah terjerat dalam cinta dunia,. Dalam usia 30 an nak berkahwin 2, bukan pekara yang mudah. Malah lebih mengeruhkan keadaan tambahan dengan keadaan anak-anak yang hendak membesar. Bagaimana pula dengan pandangan anak terhadap si ayah? Apakah si anak akan berfikiran positif, mungkin ya bagi anak yang memahami situasi ayah. Tapi bagaimana pula dengan keadaan anak yang agresif? Tentu sekali dia akan menduga si ayah sebagai lelaki yang tak setia. Susah kan? Memang la ikut sunnah NABI. Tapi, pernah tak si lelaki ini terfikir, kahwin 4 harus ikut, tapi bagaimana dengan kewajipan kita  yang lain sebagai hambaNYA? Adakah sepenuhnya kita ikut. Jika semua telah dilaksanakan, insyaallah jodoh kita yang kedua juga akan menyusul mengikut niat masing-masing. Bukan senang nak senang, tapi, nak susah, memang senang! Renung-renungkan dan selamat beramal.....

No comments:

Post a Comment