div style="position: fixed; bottom: 0px; left: 2px;">

Monday 18 March 2013

adobe photoshop

belajar sesuatu yang baru memang mengerunkan. tapi, apbila kepenatan kita dibalas dengan apa yang kita belajar, memang menyeronokkan, sekaligus mengajar kita sesuatu yang baru. pengalaman mengambil khursus adobe photoshop banyak mengajar aku erti kesabaran, keasabaran dalam menyiapkan sesuatu kerja memang agak tekanan. mulanya, aku set kan dalam otak aku, yang adobe photoshop bukan bidang aku, tapi menyedari bahawa kewartwanan memerlukan kemahiran dalam design gambr, aku tempuh jua. kata orang, nak berjaya memang susah, tapi, bila dah berjaya, kemanisan jua yang akan kita perolehi. 2 hari berkampung di kolej komuniti mengajar aku menjadi seorang yang penyabar, mana tidaknya, nak siapkan satu-satu gambar, mengambil masa dalam sejam, tak termasuk lagi nak crop! semua memang leceh, tapi, bila dah siap, aku tersenyum sendiri, inilah yang dikatakan kesusahan berakhir dengan kemanisan. aku harap, apa yang aku belajar ini, dapat digunakan untuk aku berkeja nanti., insayaallah, kata orang, biar susah sekarang, asal senang kemudian hari.

Sunday 17 March 2013




usaha pertama lepas mengikuti khusus adobe photoshop di kolejn komuniti, banayk ilmu yang diperolehi. terima kasih tenaga pengajar yang banyak membantu untuk menyiapkan satu cover page majalah. teruskan usaha, mana tahu, dari seorang wartwan boelh jadi graphic designer! hahahahah!

Friday 15 March 2013


jgn skali2 ingin menduga...
9 Februari 2013, tanah kami kau langgar,
Dengan senjata, maruah kami kau cabar,
Dalam rundingan, kami bersabar,
Apa mungkin "saudaraku" perjuanganmu tersasar,
Kau degil, terus mencakar,
Perdamaian sudah semakin samar

1 Mac 2013, Hari Jumaat yang besar,
Darah saudara kami kau lapar,
Batang tubuhnya kau kelar,
Dibawa pulang keranda digandar,
Menangis si kecil, diminta bersabar,
Hilang sudah tempat bermanja, tempat bersandar

Satu Malaysia Mula Tersedar,
Kau bukannya saudara, malah musuh tegar,
Dari Padang Besar ke Daerah Papar,
Semboyan Keramat memanggil Pendekar

Kami sudah hilang sabar,
Pendekar melangkah tangan menggegar,
Mana musuh kami panggar, kami selongkar, kami bongkar,
Tidak bersisa kami langgar,
Berlembut kami kau salah anggar,
Ini bumi, tanah Pendekar

Rejimen Gerak Khas,
Kuala Lumpur
5 Mac 2013

LUAHAN HATI PARAJURIT.


wlau bunyi mcm lawak mari kita hayatie brsama..
LUAHAN HATI PARAJURIT.

ORG AWAM.
Kami bekerja waktu pejabat.
jika rajin buat overtime.
gaji kami besar.
cuma perlu beri komitmen terbaik.
kami sentiasa bersama keluarga.
hari perayaan kami sentiasa ada.

TENTERA.
Kami bekerja 24 jam sehari.
kalau malas baru kami dapat lelap ayam.
gaji kami kecil xsetanding sijil n masa perkhidmatan.
waktu perayaan jika ada belas kasihan dari pegawai atasan.
tapi kami kena bagi komitmen terbaik,kena korbankan mentaliti kami,korbankan nyawa kami,korbankan kasih sayang kami.
sentiasa tiada masa bersama keluarga terutama ketika bertugas.
badan kami utk negara,makanan kami alakadar,perut kami buncit bila usia meningkat kerana kehilangan banyak hormon akibat lasak.
pakaian kami x perlukan jenama.APA YANG KAMI (Tentera) DAPAT!
KAMI GEMBIRA DAPAT LIHAT NEGARA KAMI AMAN.
mm,betul ke aman?
aman bagi rakyat.
tapi bagi kami,kami sentiasa berperang.
mental kami sentiasa diuji.

=
=

ORG AWAM.
Belahlah askar....penceroboh masuk senang jer,askar buat apa?

TENTERA.
Kami tiada belas.
ikotkan jiwa kami cincang penceroboh negara.
tapi kami penuh disiplin.
strategi kami demi rakyat yg x berdosa.
bukan semua pertahanan kami dibenarkan.

=
=

ORG AWAM.
Alahhhh..polis kita dah mati.askar jalankanlah tugas.

TENTERA.
Malaysia negara diplomatik.
Malaysia sering gunakan perbincangan sebagai langkah utama.
memang polis dah ada yang mati.
tapi kalau tentera masuk campur.peperangn akan berlaku.
bukan sahaja polis, malah org awam turut akn terkorban.

=
=

ORG AWAM.
Sudahlah.
kerajaan lembab.
tentera malas,kami rakyat ketakutan.

TENTERA.
Inilah penghargaan yang kami terima dari rakyat setelah korbankan keluarga kami,mental kami,hidup kami dan harta kami utk negara.
tapi kami tetap setia kepada negara.
nantikan arahan dan kami akan bertindak.
tindakan kami ada strategi.
polis pon hebat cuma mereka x dberi kuasa oleh undang2.
rakyat bersuara,kami terima,arahan diberi,kami mara.
kerana Malaysia, kita yang punya.

Wednesday 13 March 2013

AHMAD HURAIRAH DALAM KENANGAN

bercakap soal isu lahad datu, ramai yang tertanya-tanya kenapa isu itu masih lagi ada? entah! tapi, yang aku tahu, perasaan aku makin mebuak-buak marah, mana tidaknya, arwah AHMAD HURAIRAH yang meninggal hari adalah member kepada pakwe aku. pakwe aku menangis teresak-esak saat dia memaklumkan bahawa ahmad hurairah itu kawanya, ya allah, masa itu hati aku betul-betul tersentap! mendengar tangisanya, aku jadi terkesima, apakah mungkin dia juga akan menangis saat kehilangan aku? mungkin! tapi, itu bukan soalnya, aku banyak menasihatkanya supaya banyak bersabar, mungkin permegian arwah adalah satu hikmah, takdir ALLAH, tak siapa dapat menduga. yang berlalu, biarkanlah, yang penting,. syurga tempatnya, tapi bagaimana dengan kita pula? teruskan kehidupan. kehilangan arwah telah membuka mata banyak pihak. malah, kepergian arwah anggota keselamatan yang lain telah menyedarkan kita tentang erti perngorbanan. perngorbana yang tak mampu dibayar dengan wang ringgit. sesungguhnya, pengorbana mereka tetap ada dalam ingatn kita semua! sama-sama lah kita sedekah kan AL FATIHAH untuk arwah. satu lagi, bagi masyarakat yang memandang remeh terhadap kerja tentera, ingat! kita aman pun sebab mereka. mereka sanggup meninggalkan keluarga, sanggup ketepikan rengekan anak2 yang masih dahagakan kasih dan belaian seorang ayah.