div style="position: fixed; bottom: 0px; left: 2px;">

Wednesday 9 October 2013

2 HARI, SATU MALAM, KENANGAN YANG TAK MAMPU DIBELI DENGAN WANG RINGGIT.

   Bak kata orang, jauh perjalanan, luas permandangan. Pengalaman 2 hari 1 malam di Sungai Lembing, Kuantan Pahang memang pengalaman yang sangat mencabar. 17 mei 2013, pelajar DIPLOMA KEWARTAWANAN Kolej Antarabangsa IKIP menyertai lawatan ke Sungai Lembing sebagai aktiviti wajib pada setiap semester. Pada jam 11 pagi, peserta berkumpul di Kolej Ikip Taman Gelora, bagi taklimat sebelum memulakan perjalanan. Peserta memulakan perjalanan dengan menaiki bas Rapid. Oleh kerana pengangkutan kolej tidak dapat menyediakan bas atas alasan yang tersendiri, Pengarah Program, Encik Ezuan Hadi, mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan awam. Peserta bertolak ke Terminal bas Rapid pada jam 12 tengahari. Perjalanan hanya 30 minit dari Taman Gelora ke Bandar Kuantan, tiba di Terminal Bas Rapid pada jam 12.30 tengahari. Setelah hampir satu jam menunggu bas ke Sungai Lembing, akhirnya bas tiba. Peserta dimaklumkan perjalanan dari Bandar Kuantan ke Sungai Lembing ialah selama dua jam. Sepanjang perjalanan, terdapat pelbagai gelagat peserta yang dapat dilihat, ada yang terlena, ada yang sedang menikmati keindahan alam sepanjang perjalanan. Sesungguhnya Pahang memang kaya dengan hasil hutan, malah sepanjang perjalanan, hanya hutan yang kelihatan.
   Setelah 1 jam 30 minit perjalanan, peserta tiba di Hentian bas Sungai Lembing. Kesemua peserta teruja melihat keindahan alam di Sungai Lembing. Keindahan seperti ini tidak dapat dirasai di Bandar Kuantan dan sesungguhnya lawatan ke Sungai Lembing Kuantan, adalah lawatan yang mampu menenangkan fikiran sebelum menduduki peperiksaan akhir yang akan berlansung pada dua minggu akan datang. Ketibaan para peserta disambut oleh Pemilik Pusat Pemulihan orang cacat (PPOC), iaitu Encik Azmi. Peserta dikehendaki berjalan kaki sepanjang 200 meter untuk sampai ke penginapan yang telah disediakan. Peserta bermalam di PPOC. Setibanya di penginapan, peserta disambut oleh penghuni rumah tersebut. Penghuni rumah tersebut juga amat mesra dengan peserta. Malah, peserta tidak merasa segan dengan layanan tersebut. Setelah beramah mesra bersama penghuni, peserta dihidangkan dengan minuman petang. Keramahan pemilik PPOC membuatkan semua peserta merasa senang hati apabila tiba di sini. Setelah dihidangkan dengan minum petang, peserta dibawa ke tapak perkhemahan untuk mendirikan khemah. Setelah ditunjuk ajar bagaimana mendirikan khemah, peserta diarah untuk mendirikan khemah masing-masing. Pelabagai gelagat dapat dilihat. Setelah selesai, peserta mengambil kesempatan untuk membersihkan diri serta menunaikan solat asar.
   Setelah semuanya selesai, peserta berkumpul di Dataran PPOC untuk mendengar taklimat dari pemilik PPOC. Setelah selesai taklimat, peserta mengambil kesempatan untuk menunggang basikal mengelilingi kawasan kampung di Sungai Lembing. Aktiviti ini diketuai oleh anak kepada pemilik PPOP, Along. Pengalaman berbasikal melawat kawasan kampung di Sungai Lembing sangat menyeronokkan malah peserta dikenalkan dengan pelbagai budaya yang terdapat di Sungai Lembing. Paling menyeronokkan, peserta dapat merasai menunggang basikal di atas jambatan gantung yang menghubungkan satu kampung ke satu kampung yang lain. Terdapat pelbagai reaksi peserta ada yang berani, ada yang takut kepada ketinggian. Sepanjang perjalanan, peserta menunjukkan reaksi yang begitu menggembirakan. Ada yang menyanyi sepanjang perjalanan. Pengalaman sebegini yang mengeratkan hubungan sesama peserta. setelah penat berbasikal, petang pula yang melabuhkan tirai, peserta juga mengambil kesempatan bergambar di atas jambatan kayu. Sungai yang mengalir laju membuatkan para peserta tertarik dengan keindahan tersebut. Setelah azan magrib berkumandang, peserta mengambil kesempatan pulang semula ke tempat perkhemahan. Setibanya di PPOP, peserta mengambil kesempatan berehat, ada yang mengambil kesempatan solat berjemaah bersama di surau yang disediakan. Setelah selesai solat berjemaah, para peserta berkumpul di dataran PPOP untuk majlis makan malam. Makan malam yang disediakan adalah, spageti, bbq. Di dalam makan malam tersebut, peserta diberi taklimat tentang aktiviti yang dijalankan esok. Peserta dibenarkan makan bersama penghuni rumah PPOP. Kesempatan inilah yang banyak mengajar para peserta untuk berkongsi pengalaman hidup. Panghuni disini, datang dari pelbagai latar belakang keluarga yang berbeza. Ada yang dihantar oleh keluarga, dan ada juga yang datang secara sukarela. Tapi, bagi mereka, pengalaman disini yang banyak mengajar mereka erti hidup. Malam itu juga, terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan. Selesai sahaja aktiviti itu, peserta diarahkan untuk berehat, kerana keesokkan paginya terdapat aktiviti mendaki Bukit Panorama.
   Keesokkan pagi, peserta dikejutkan seawal subuh. Selesai sahaja solat subuh, peserta diminta berkumpul untuk taklimat dari Encik Azmi, pemilik PPOP. Selesai sahaja taklimat, peserta diberi makan pagi, peserta diberikan sekadar roti untuk alas perut. Risau jika diberi makanan berat, peserta tidak mampu untuk mendaki bukit panorama. Perjalanan dimulakan seawal jam 6.30 pagi. Perjalanan diketuai oleh Azrul, anak kepada pemilik PPOP. Azrul mempunyai pengalaman dalam selok belok pendakian ke Bukit Panorama. Setelah lima belas minit perjalanan, terdapat pelbagai gelagat peserta yang kepenatan. Terdapat peserta yang mengalah terlalu awal, dia tidak mampu untuk meneruskan pendakian itu. Dalam perjalanan, pelbagai halangan yang peserta tempuh. Semangat tolong menolong dalam kalangan rakan seperjuangan juga jelas kelihatan. Semangat berpasukan juga mampu dipupuk. Setelah lama menanti, penantian akhirnya terjawab, perjalanan akhirnya berakhir apabila para peserta        tiba di puncak bukit panorama pada jam 7.40 pagi. Kegembiraan jelas kelihatan. Keindahan di puncak tersebut tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tidak pernah termimpi untuk sampai ke puncak yang begitu cantik pemandangannya. Walaupun, Malaysia negara yang kurang dikenali ramai, tetapi bangga rasanya kerana malaysia memilikki tempat yang menarik seperti ini. Peserta tidak melepaskan peluang untuk bergambar sebagai kenangan di puncak Bukit Panaroma. Pengalaman ini jarang sekali dapat diukir bersama, memandangkan kebanyakkan para peserta sudah berada di tahun akhir. Setelah berada satu jam di puncak, para peserta mengambil keputusan untuk turun semula ke kaki bukit. Berat rasa hati meninggalkan kenagan yang pernah dicipta bersama.

  Setiba sahaja di dataran PPOP, peserta disediakan dengan makanan pagi. Kepenatan jelas nampak di wajah peserta. peserta dihidangkan dengan pelbagai juadah. Pada hari kedua berada di Sungai Lembing, PPOP juga menerima kedatangan dari peserta PLKN dari Muadzam Shah. Selesai sahaja makan pagi, peserta dibawa untuk melakukan aktiviti menaikki pelampung. Aktiviti ini dilakukan di sungai yang berdekatan dengan PPOP. Peserta dibawa ke sungai tersebut dengan menaiki pancuan empat roda yang dipandu sendiri oleh Encik Azmi. Sepanjang perjalanan, peserta meredah hutan yang tebal untuk sampai kesana. Setibanya di sungai tersebut, peserta diberikan pelampung setiap seorang. Keterujaan jelas tampak di wajah setiap peserta. sebelum meletakkan pelampung di dalam air, Encik Azmi memberikan taklimat kepada para peserta. para peserta juga dinasihatkan supaya tidak membawa alatan yang berharga, risau jika terjatuh ke dalam air. Lima belas minit kemudian, peserta dilepaskan. Oleh kerana, air sungai tidak terlalu deras, peserta dibenarkan bergerak secara individu. Air sungai juga tidak terlalu dalam, ada sesetengah tempat yang terlalu cetek menyebabkan kesukaran para peserta untuk bergerak dengan pantas. Aktiviti ini amat menyeronokkan jika air sungai tersebut mengalir dengan deras, dan membuatkan pegerakan para peserta agak sedikit laju.  Paling menyeronokkan, ada sesetengah peserta yang terjatuh ke dalam sungai akibat tidak mampu mengawal pegerakan pelampung dengan baik.  setelah 30 minit melakukan aktiviti ini, akhirnya para peserta tiba di tebing penamat. Walaupun penat, tapi aktiviti ini memang menyeronokkan. Selesai sahaja aktiviti ini, peserta diminta untuk pulang ke tapak perkhemahan.
  Selesai sahaja aktiviti berpelampung, peserta meneruskan aktiviti bersama penghuni PPOP. Peserta menyediakan alatan untuk aktiviti bersama penghuni PPOP. Aktiviti ini diadakan bagi mengeratkan hubungan peserta dan penghuni, dengan cara ini, penghuni yang menghuni PPOP akan merasa tidak tersisih dari golongan insan biasa. Aktiviti yang diadakan ialah, mencari gula-gula dalam tepung. Aktiviti ini dibahagikan kepada lima kumpulan, setiap satu kumpulan, disertai dua penghuni PPOP, dan yang selebihnya ialah peserta. aktiviti ini begitu menyeronokkan. Mana tidaknya, aktiviti ini adalah untuk menghargai Orang Kurang Upaya. Selama satu jam aktiviti ini berlansung, tibalah aktiviti makan tengahari. Makan tengahari kali ini, dihidangkan dengan nasi beriani. Dalam majlis makan tengahari ini, diadakan juga majlis penerimaan hadiah bagi aktiviti bersama penghuni PPOP.  Hadiah juga turut diberikan kepada pemilik PPOP bagi menghargai jasa baik pihak PPOP sepanjang keberadaan para peserta. ucapan kata-kata aluan dari pengarah program lawatan ke Sungai Lembing iaitu, Encik Ezuan Hadi. Selain itu juga, ucapan dari coordinator diploma kewartawanan iaitu, Encik Pirdaus.

Setelah selesai sahaja segala makan tengahari, para peserta diarahkan untuk bersiap sedia untuk pulang semula ke Kuantan, memandangkan peserta menggunakan perhikmadtan Rapid, para peserta diminta pulang terlebih awal, risau jika tiba di Kuantan agak lewat. Pada jam 3 petang, para peserta mula meninggalkan pekarangan PPOP. Berat rasa meninggalkan segalanya, paling menyedihkan, ada penghuni tersebut yang bersedih apabila peserta meninggalkan PPOP. Pengalaman dua hari bersama mereka amat bernilai. Peserta menaiki bas rapid di Hentian Sungai Lembing pada jam empat petang. Sepanjang perjalanan, ramai yang terlena dibuai mimpi. Kepenatan yang tidak digambarkan, tapi pengalaman ini memang menyeronokkan. Terasa ingin membuat lawatan untuk yang kedua kali pada masa akan datang. Peserta tiba di asrama masing-masing pada jam 7 petang. Kenangan ini yang sebenarnya sukar diukir, walaupun masing-masing berjumpa setiap hari, tapi kenangan ini yang akan membuatkan hubungan menjadi lebih erat. Pengalaman di Sungai Lembing, dua hari satu malam sukar dibeli dengan wang ringgit, hanya kenagan yang mampu menceritakan segalanya.








Monday 7 October 2013



dear ex,

bila saya hanya sesaat umtuk awak, tolong jangan kecewakan saya. hati saya bukan tempat pembuangan sampah yang seenaknya untuk awak campak hati awak sesuka hati. saya juga manusia biasa. saya juga akan menangis, saya juga akan menderita apabila dikecewakan, tapi awak lansung tak kisahkan saya. sebenarnya, siapa saya di hati awak? cinta saya tidak bernilai ke? awak ingat tak lagi macam mana susahnya awak untuk dapatkan saya kan? tapi sekarang. mudah sangat untuk awak lupakan saya.awak ingat tak dulu, setiap kali saya menangis, mesti awak yang sapu air mata saya, tapi sekarang? tak siapa sudi menyapu air mata saya setiap kali ia mengalir. saya ingat lagi, setiap kali gaduh, awak mesti pujuk saya, saya kan kuat merajuk, itu kata awak, tapi saya rasa biasa je. awak ingat tak lagi saat gelak tawa kita? kata awak, setiap kali saya gelak, saya kelihatan sangat comel, malu la....tapi sekarang, tak siapa dapat baut saya ketawa.  ingat tak, setiap pagi telefon saya mesti berdering, ya, setiap pagi awak call saya, dan setiap pagi juga awak mesti katakan yang awak cintakan saya kan? ya allah! gembiranya saya, tapi sekarang, nak dapatkan satu text dari awak pun susah sangat! mudahnya awak lupakan saya kan?

 awak,
saya dah tiada siapa, awak dah pergi jauh dari hidup saya.mulanya saya lemah tanpa awak., gambar awak? saya padam, semua dalam lappy saya, tapi hakikatnya, saya tak boleh padam gambaran tentang awak., setiap kali ingatkan awak, saya mesti menangis, saya masih sayangkan awak. sayang sangat-sangat, tapi saya tahu yang awak tidak akan kembali pada saya. kejamnya perasaan awak kan? awak tak rindu ke bila saya dah tak panggil awak senget. sumpah! saya rindukan semua itu.. ya! saya memang kena lupakan awak, saya tahu yang saya bukan jodoh awak., saya kena lupakan awak, tapi bukan dengan cara mendadak begini! setiap malam, mesti saya mimpikan awak, hingga ada satu saat, saya mimpi sedang berborak dengan awak. is okay awak! saya sedang belajar ini semua.

kalau awak baca apa yang saya coretkan ini, saya harap, keputusan awak tetap lagi sama untuk tinggalkan saya, sebab buat masa ini, saya sudah pun lupakan awak. terima kasih sayang sebab sudi hadir dalam hidup saya walaupun hanya seketika, kenangan dengan awak tidak akan padam melainkan mati menjemput saya. terima kasih juga untuk kenangan yang tidak ternilai haragnya. ingatlah, tak semua yang kita inginkan tercapai dan tak semestinya yang tercapai itu kita inginkan. belajarlah terima kekurangan seseorang dengan sempurna kerana awak juga tidak sempurna.

Saturday 27 July 2013


beruntungnya aku memiliki dia...


MOHD FAIZOL BIN ALIAS,,,,, awk bukan sekadar sang kekasih, tapi awak juga seorang abang, kawan, n sahabat sejati, 15 disember 2012, itu tarikh termetri janji yang kita akan sehidup semati, sumpah demi nama allah, hanya awak di hati saya, sekalipun saya ada lelaki lain selain awak, saya sanggup memilih awak berbanding dengan si dia. kuatnya cinta saya pada awak kan? bagi saya, awak sudah cukup sempurna bagi saya...saya akan pastikan yang awak akan tetap jadi IMAM saya satu hari nanti, insyaallah dengan izin TUHAN. i love you so much dear!

Tuesday 14 May 2013

sesiapa yang berminat, dijemput hadir...
SUARA RAKYAT-SUARA KERAMAT

Sunday 12 May 2013

che normah bt abdullah




tanggal 12 mei 2013,
    I just want to say that thanks for being my "SUPERWOWAN" And my owesome friend , a caring wife and sucessful people .. You is one in a million , thanks for born we until i be like this, terima kasih atas segalanya. jasa-jasa yang ma berikan tak dapat aku balas dengan wang ringgit,. maafkan segala tingkah laku yang pernah membuatkan air mata mu mengalir kerana aku, terima kasih juga apabila sanggup berjaga siang malam apabila aku sakit, menjaga aku tanpa meminta apa-apa balasan, sesungguhnya kasih sayang yang ma berikan tak ada tandinganya dengan orang lain. bagi aku, ma wanita yang terlalu agung, membesarkan kami 9 beradik dengan penuh kasih sayang yang tak pernah berbelah bagi. kadang-kadang ada di antara kami yang menyinggung hatimu, tapi tak pernah sekali kau menitiskan air mata di hadapan kami di atas keterlanjuran kami. disaat kami terjatuh, kau mengankat kami dengan kata-kata semangat, tak pernah sekali kau jatuhkan kami dengan kata-kata kesat. kesusahan hidup kita yang lalu, banyak menguatkan ma, tapi tak pernah ma sekali ma mengalah. andai kata, ajal menjemput aku dahulu, aku rela, sebab, aku tak sanggup hidup tanpa seorang ibu...selamat hari ibu, doakan aku selamat dunia akhirat, kerana doa ma yang membuatkan aku berjaya kelak! ilysm!

Monday 22 April 2013




                                                          ALLAH MAHA MENGETAHUI


xpe...allah maha mengetahui apa yang terjadi...itu yang selalu aku ingat. biar orang nak kata apa, asalkan kita tahu apa yang terjadi. balasan akan ada untuk setiap orang, termasuk aku. yang berlaku biarkan berlaku, yang penting hidup kita. syukurlah, kita sedar diri terlebih awal, tak adalah kita terus hanyut dengan permainan dunia. kata orang, kita takkan belajar hidup susah kalau kita hanya hidup dengan kesenangan. jangan takut kalau kita tak berkasut sebab ramai lagi yang tak berkaki. jangan takut untuk kita hilang kawan, sebab bukan mereka yang bagi kita duit kan? ha! bercakap pasal kawan makan kawan, itu lumrah, biasalah adat berkawan. bumi mana yang tak ditimpa hujan, laut mana yang tak bergelora. pandang sekeliling, bukan dia sahaja kawan kita.....

Saturday 20 April 2013



Menjadi orang ketiga dalam sebuah perkahwinan sebuah pasangan bukanlah pekara yang mudah. Kesabaran yang kental amat diperlukan, apatah lagi, anda bakal berkongsi kasih dengan wanita yang sama dengan anda. Prinsip taknak bina kebahagiaan di atas penderitaan orang lain sepatupnya ada pada setiap insan. Walaupun cinta anda dengan si lelaki itu kuat, tapi percaya mana mungkin lelaki akan lebih menyangi kita berbanding dengan wanita pertama yang dikahwininya. Setiap insan mahukan kebahagiaan, tapi, bukan dengan kebahagiaan yang mampu merosakkan kebahagiaan rumah tangga wanita lain. Prinsip sanggup hidup bermadu hanya mampu dilafazkan semasa dalam percintaan, tapi bila berkahwin, mustahil untuk mengatakan yang kita ikhlas hidup bermadu walaupun antara kita dengan wanita itu tiada sengketa. Bukan mudah kan nak bina kebahagiaan di atas penderitaan orang lain. Lelaki? Ha! Hanya mudah melafazkan kata cinta, tanpa sedar dia juga telah terjerat dalam cinta dunia,. Dalam usia 30 an nak berkahwin 2, bukan pekara yang mudah. Malah lebih mengeruhkan keadaan tambahan dengan keadaan anak-anak yang hendak membesar. Bagaimana pula dengan pandangan anak terhadap si ayah? Apakah si anak akan berfikiran positif, mungkin ya bagi anak yang memahami situasi ayah. Tapi bagaimana pula dengan keadaan anak yang agresif? Tentu sekali dia akan menduga si ayah sebagai lelaki yang tak setia. Susah kan? Memang la ikut sunnah NABI. Tapi, pernah tak si lelaki ini terfikir, kahwin 4 harus ikut, tapi bagaimana dengan kewajipan kita  yang lain sebagai hambaNYA? Adakah sepenuhnya kita ikut. Jika semua telah dilaksanakan, insyaallah jodoh kita yang kedua juga akan menyusul mengikut niat masing-masing. Bukan senang nak senang, tapi, nak susah, memang senang! Renung-renungkan dan selamat beramal.....