div style="position: fixed; bottom: 0px; left: 2px;">

Monday 7 October 2013



dear ex,

bila saya hanya sesaat umtuk awak, tolong jangan kecewakan saya. hati saya bukan tempat pembuangan sampah yang seenaknya untuk awak campak hati awak sesuka hati. saya juga manusia biasa. saya juga akan menangis, saya juga akan menderita apabila dikecewakan, tapi awak lansung tak kisahkan saya. sebenarnya, siapa saya di hati awak? cinta saya tidak bernilai ke? awak ingat tak lagi macam mana susahnya awak untuk dapatkan saya kan? tapi sekarang. mudah sangat untuk awak lupakan saya.awak ingat tak dulu, setiap kali saya menangis, mesti awak yang sapu air mata saya, tapi sekarang? tak siapa sudi menyapu air mata saya setiap kali ia mengalir. saya ingat lagi, setiap kali gaduh, awak mesti pujuk saya, saya kan kuat merajuk, itu kata awak, tapi saya rasa biasa je. awak ingat tak lagi saat gelak tawa kita? kata awak, setiap kali saya gelak, saya kelihatan sangat comel, malu la....tapi sekarang, tak siapa dapat baut saya ketawa.  ingat tak, setiap pagi telefon saya mesti berdering, ya, setiap pagi awak call saya, dan setiap pagi juga awak mesti katakan yang awak cintakan saya kan? ya allah! gembiranya saya, tapi sekarang, nak dapatkan satu text dari awak pun susah sangat! mudahnya awak lupakan saya kan?

 awak,
saya dah tiada siapa, awak dah pergi jauh dari hidup saya.mulanya saya lemah tanpa awak., gambar awak? saya padam, semua dalam lappy saya, tapi hakikatnya, saya tak boleh padam gambaran tentang awak., setiap kali ingatkan awak, saya mesti menangis, saya masih sayangkan awak. sayang sangat-sangat, tapi saya tahu yang awak tidak akan kembali pada saya. kejamnya perasaan awak kan? awak tak rindu ke bila saya dah tak panggil awak senget. sumpah! saya rindukan semua itu.. ya! saya memang kena lupakan awak, saya tahu yang saya bukan jodoh awak., saya kena lupakan awak, tapi bukan dengan cara mendadak begini! setiap malam, mesti saya mimpikan awak, hingga ada satu saat, saya mimpi sedang berborak dengan awak. is okay awak! saya sedang belajar ini semua.

kalau awak baca apa yang saya coretkan ini, saya harap, keputusan awak tetap lagi sama untuk tinggalkan saya, sebab buat masa ini, saya sudah pun lupakan awak. terima kasih sayang sebab sudi hadir dalam hidup saya walaupun hanya seketika, kenangan dengan awak tidak akan padam melainkan mati menjemput saya. terima kasih juga untuk kenangan yang tidak ternilai haragnya. ingatlah, tak semua yang kita inginkan tercapai dan tak semestinya yang tercapai itu kita inginkan. belajarlah terima kekurangan seseorang dengan sempurna kerana awak juga tidak sempurna.

No comments:

Post a Comment